Wednesday, September 7, 2016

Puasa ngaji 9Zulhijah 11Sep 2016

World #QuranHour pada 9 Zulhijah bersamaan 11 September 2016, 9 pagi Seluruh Dunia.

Dijemput datang beramai-ramai ke lokasi World #QuranHour Perdana bertempat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Kuala Lumpur.

Jemput datang awal jam 8 pagi. Bawa bersama Al-Quran terjemahan. Kepada mereka yang tidak dapat hadir, bolehlah lakukannya di lokasi masing-masing.

Untuk penyertaan, sila isi borang secara online di: bit.ly/daftarwqh
Follow Instagram: @worldquranhour instagram.com/worldquranhour
Muat turun Apps: Google Play bit.ly/2aiDPlB / Apple Store apple.co/2aS8PYs

Interaksi dengan Al-Quran: Cinta & Syukur

Tuesday, September 6, 2016

MATLAMAT WORLD QURAN HOUR

QURAN HOUR, BACA QURAN SEDUNIA, WORLDQURAN, MATLAMAT KEMPEN BACA QURAN, TUJUAN BACA QURAN, MENDEKATI QURAN,
WORLD Quran Hour adalah kesinambungan dari inisiatif yang dilakukan oleh Karangkraf sejak tahun 2013. Ia bermula dengan AktifkanRumahNgaji dan MalaysiaNgaji yang diadakan pada setiap 24 Ramadhan. Sehingga kini, lebih 1000 pusat Rumah Ngaji beroperasi dan menawarkan pengajian percuma bagi mengajak ummah untuk berinteraksi dengan al-Quran; membaca, memahami dan mengamalkannya sehingga lahir kerangka fikir (Quranic Mindset) dan akhlak (Quranic Character) berlandaskan al-Quran.

Pada 19 Ogos 2016, bertempat di Dewan Sultan Muhammad V, Kumpulan Media Karangkraf, pelbagai organisasi dan selebriti berkumpul bagi Majlis Perkongsian dan Sinergi Kempen Sejam Bersama al-Quran sempena World Quran Hour.

Bercerita tentang World Quran Hour, Dato Husammuddin, dalam ucapannya menegaskan ia bukanlah suatu acara, yang akan selesai selepas satu jam berinteraksi dengan al-Quran. “Tapi ia adalah satu gerakan. Gerakan untuk mengajak semua orang mendekati, berinteraksi dengan al-Quran.” Bait demi bait yang disampaikan sangat santai tetapi mengesankan hati-hati yang mendengar

QURAN HOUR, BACA QURAN SEDUNIA, WORLDQURAN, MATLAMAT KEMPEN BACA QURAN, TUJUAN BACA QURAN, MENDEKATI QURAN,

Bermula dengan diri sendiri

Hendak mengubah ekosistem ini bukanlah perkara mudah kerana kita terlibat dalam sistem yang telah diaturkan oleh orang lain. Tetapi Dato Husammuddin berkata dengan penuh optimis, “Kita perlu mulakan dengan diri kita sendiri terlebih dahulu. Ini adalah satu proses menukar operating system dalam diri kita. Bagaimana dengan keadaan jiwa kita? Jiwa kita kosong. Kalau kita biarkan, ‘hantu’ akan masuk. Sebab apa kosong? Kerana ibu bapa gagal memasukkan al-Quran ke dalam jiwa anak-anak.”
Setelah dewasa, kitalah yang bertanggungjawab terhadap pendidikan jiwa kita dan terhadap orang-orang yang di bawah pertanggungjawaban kita. “Oleh itu kita perlu menyedarkan ketua-ketua keluarga. Ini adalah proses pembinaan semula keluarga-keluarga Islam.”
Tambahnya lagi, jika kita sebagai individu memperbaiki diri dengan kerangka fikir dan akhlak al-Quran, perkara ini akan merebak kepada orang sekeliling kita. Jika di rumah, ia akan merebak kepada pasangan, anak-anak, ibu bapa dan sebagainya. Jika di tempat kerja, ia akan merebak kepada rakan sekerja, orang yang memimpin kita serta yang dipimpin.

Kita perlu kempen berterusan untuk mengajak umat Islam kembali dekat dengan quran dan memahami al quran. Dalam keadaan dunia yang di landa masalah akhlak, moral, jenayah, rumah tangga, anak anak yang kurang ajar dan perbagai isu sosial , kita perlu kembali pada rujukan ayat Allah turun pada manusia, iaitu QURAN.

JOM BACA QURAN TIAP HARI, JOM FAHAMI ALQURAN, JOM BELAJAR QURAN, JOM MENDALAMI ILMU QURAN

QURAN HOUR, BACA QURAN SEDUNIA, WORLDQURAN, MATLAMAT KEMPEN BACA QURAN, TUJUAN BACA QURAN, MENDEKATI QURAN,


QURAN HOUR, BACA QURAN SEDUNIA, WORLDQURAN, MATLAMAT KEMPEN BACA QURAN, TUJUAN BACA QURAN, MENDEKATI QURAN,